Friday, 31 January 2014

Ohana part1

selesai makan malam, Ain Ilyana menuju ke balkoni untuk mengunci pintu sliding door di tingkat atas.
" eh ada orang ke kat luar lampu menyala je " yana bertanyakan dirinya sendiri.

uminya belum pulang dari rumah makciknya .
kelihatan abangnya yang ketiga, abang adee berada di penjuru beranda bersama senaskah Al Quran kecil di tangannya. Hensem. Cukup hensem. 

" Abang buat apa melayan perasaan sengsorang kat luar malam malam camni?" tanya yana.

namun pertanyaannya tidak dijawab, malah abangnya tetap kaku di sudut balkoni dengan posisi yang sama.

" ish patut lah, telinga dua dua sumbat earphone mana la nak dengar adik panggil " Ilyana mengomel sendiri sambil berjalan ke arah abangnya. earphone abangnya ditarik keluar. tersentak abangnya sambil memandang yana.

" kenapa dik ? tak tidur lagi ? ada apa nak tanya ke? "
" takdelah, ni tadi nampak sliding tak tutup rapat, ingatkan nak kunci la pastu nampak abang berangan sengsorang . emm lagi satu, abang ni, dah quran kat tangan tu, tutup lah dulu mp3 abang tu, dengar lagu lain masa la " 

abang adee tersenyum manis. diambil hujung earphone dan letakkan ke telinga adiknya.

surah almulk kedengaran di telinga gadis berusia 13 tahun itu. yana tersengih sengih sambil memeluk tangan kiri abangnya.

" alaaa kenapa tak bagitahu awal awal tengah dengar ayat quran, mihihi malu la adik " Ilyana merendahkan suara .

Ilyana menarik tangan abangnya duduk bersama sama di sofa yang berada di ruang balkoni itu. sebelah earphone di telinga yana dan sebelah lagi di telinga abangnya. Abangnya menghulurkan quran untuk dibaca bersama, tangan kiri yana beserta tangan kanan abangnya memegang quran , dikongsi .

" صدق الله العظيم " selesai membaca Alquran. Abang Adee menadah tangan membaca doa . 

" hurm abang, sori tadi tak tahu abang tengah dengar quran, adik terus cabut earphone , dahla tak bagi salam apa pun beforehand hihi "

" takpe , ni kan kita boleh baca al mulk sama -sama . tadi adik nak kunci pintu eh ? um, biar abang je kunci sliding door ni , adik masuk lah bilik siap-siapkan homework , lepas tu tidur. esok sekolah " 

" kalau lah abang boleh tiap malam ada kat rumah kan kita boleh selalu baca almulk sama-sama, homework dah siapkan tadi petang lepas kelas, sambil tunggu abang datang amik lah,

urm, abang taknak masuk tidur lagi ke?  "

" bagusnya princess abang ni buat homework awal - awal " sambil mengusap kepala adiknya .
" abang nak tengok bulan kejap malam ni, teruja tengok indahnya ciptaan Allah ni dik " 

" adik pun nak tengok bulan jugak lah dengan abang " 

kedua adik beradik melihat keindahan bulan dan bintang. 

" adik nak tahu satu benda tak? " 

" nak . apa ? "

" tapi sebelum tu , cuba teka dulu. kenapa abang suka tengok bulan ? "

" urm sebab bulan cantik? ke sebab bulan putih? abang suka benda warna putih kot kan? tak pun abang bercita-cita nak pergi bulan kan ? kan? kan? "

" semua salah " sambil mengangkat sebelah keningnya .
" alaa bagitahu je lah sebab apa , curious adik " 

"satu nya sebab ciptaan Allah lah kan, plus memang tak dinafikan memang bulan cantik . tapi yang abang nak cakap ni lain. 

urm, sebabnya bila abang kat uni, bulan pengubat rindu abang kat adik ,ummi, and along yang jauh kat jordan sana "

" aik abang ? apa kaitan kitorang dengan bulan pulak? " 
" urm, adik sedar tak, kat mana pun kita, kita kongsi satu bulan je . kalau abang kat uni, adik kat rumah, along kat jordan pun, bulan tetap satu kan ? 

bila abang rindu adik, abang tengok bulan, abang percaya Pencipta bulan tu akan jaga adik abang ni " tersenyum lebar sambil memandang adik bongsunya itu.

" ohh faham faham. kalau macam tu nanti abang kena pergi uni, bila malam-malam adik pun nak selalu tengok bulan jugak lah, adik nak doa biar Allah jaga abang , biar abang sihat selalu and dapat selalu balik rumah " abangnya dipeluk erat.

tiba- tiba pelukan pantas dileraikan. yana lantas berdiri.

" jadi actually abang tengok bulan nak tengok kak dayah jugak la kan? " dengan nada suara tinggi segera meninggalkan balkoni.

abangnya sendirian di balkoni.





____ to be continued ____


7 comments:

  1. bestnye :') ni dari novel mana ? ke mu yg tulis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah sendiri . but ayat tunggang langgang weh. tahu tahu la aku lemah bahasa bahasa ni :(

      Delete
  2. tolong la sambung. hahahahha

    ReplyDelete